Tuesday, 29 September 2015

Kenapa Perlu Pelaburan Emas

Pada tahun 2015,oleh kerana kemerosotan ekonomi dunia,beberapa negara mengalami kejatuhan nilai wang yang mana sesetengah negara seperti Malaysia turut merasai tempias akibat kesan kejatuhan mata wang ringgit berbanding mata wang Dollar Amerika (USD). Kejatuhan nilai mata wang negara terus jatuh mengikut tempoh masa yang tidak sampai sebulan.Kesan daripada penyusutan tersebut,ramai pelabur dari luar telah menarik untuk terus melabur didalam negara yang mengakibatkan Malaysia terpaksa membayar faedah yang banyak kepada Amerika. Nilai sesuatu matawang biasanya diukur dengan perbandingan dengan nilai matawang asing. Kebiasaannya nilai kebanyakan matawang dunia dibandingkan dengan dollar Amerika. Alasannya ialah dollar Amerika digunakan dengan meluas untuk perdagangan antarabangsa dan juga untuk memudahkan perbanding antara lain-lain matawang. Nilai tersebut dipanggil kadar pertukaran. Contohnya, nilai tukaran ringgit berbanding dollar Amerika, bermakna nilai ringgit untuk membeli satu Dollar Amerika. Jika kadar pertukartan meningkat, bermakna ringgit mengalami susutan nilai berbanding dengan dollar Amerika kerana lebih banyak wang diperlukan untuk membeli dollar, dan sebaliknya. Kadar pertukaran diantara ringgit dan dollar ini juga boleh di nyatakan sebagai dollar berbanding ringgit, iaitu berapa dollarkah diperlukan untuk membeli RM1.00. kaeadahnya adalah sama, cuma tafsirannya diterbalikan, seolah-olah melihat imej cermin. Yang pentingnya, kita ingin melihat nilai relatif antara kedua-dua matawang. Pada sesuatu masa, nilai ringgit berbanding dollar adalah bersamaan dengan nilai dollar berbanding ringgit. Kadar pertukaran antara ringgit dan dollar Amerika bergantung kepada kedua-dua nilai ringgit dan dollar. Setiap matawang mempunyai nilai kerana disamping berfungsi sebagai media pertukaran, ianya juga digunakan sebagai penyimpan nilai. Sebagai media pertukaran, matawang cuma menjadi perantara untuk memudahkan tukaran barangan berbanding dengan perdagangan tukar barang. Namun demikian, fungsi matawang sebagai penyimpan nilai menyebabkan ianya menjadi suatu asset. Untuk penjelasan yang mudah, katakan emas dan perak berfungsi sebagai dua matawang. Kedua-dua emas dan perak mempunyai nilai tersendiri yang bergantung kepada faktor-faktor tertentu. Kadar pertukaran antara emas dan perak adalah tidak lain dari berat perak dan berat emas yang setimpal dengan nilai masing-masing. Iaitu, berapa gram perakkah yang diperlukan yang nilainya bersamaan dengan 100 gram emas, misalnya. Dengan pemahaman konsep asas kadar pertukaran matawang ini, maka kita berkemampuan untuk meneliti punca-punca kejatuhan nilai ringgit sejak akhir-akhir ini. Nilai sesuatu matawang ditentukan oleh keadaan permintaan dan penawarannya di dalam pasaran, sama seperti barangan lain. Permintaan untuk ringgit adalah merupakan permintaan terbitan. Ianya terbit dari kegunaan ringgit samaada untuk transaksi atau untuk fungsinya sebagai aset. Sebagai transaksi ringgit digunakan untuk media pertukaran. Sekiranya permintaan terhadap eksport dari Malaysia meningkat, pengimport dari negara yang mengimport memerlukan ringgit untuk membuat bayaran. Kesannya nilai ringgit akan meningkat jika penawaran ringgit di dalam pasaran tidak berubah, dan sebaliknya. Permintaan untuk ringgit juga berlaku kerana fungsinya sebagai aset. Untuk tujuan ini, riggit diperlukan untuk membuat pelaburan. Pelaburan pula terdiri dari samaada untuk jangka panjang dan jangka pendek. Pelaburan jangka panjang merupakan pelaburan benar yang memberi kesan yang besar terhadap peningkatan keluaran dalam negara kasar (KDNK). Jika pelabur asing berminat untuk melabur di Malaysia, pelaburan langsung asing akan meningkat dan kesannya permintaan untuk ringgit juga meningkat. Manakala pelaburan jangka pendek adalah bermotifkan spekulasi yang mensasarkan keuntungan segera hasil dari pergerakan kadar faedah dan juga turun naiknya pasaran saham. Jika kadar faedah di Malaysia tinggi berbanding dengan negara asing, maka pelabur jangka pendek akan melaburkan modal jangka pendek mereka di Malaysia. Maka permintaan untuk ringgit meningkat. Begitu juga dengan pasaran saham, apabila nilai saham di Bursa Saham Kuala Lumpur menigkat, pelababur spekulatif akan meminta ringgit untuk tujuan pelaburan mereka. Di samping itu, Bank Negara Malaysia akan menggunakan rizab antarabangsa untuk menstabilkan nilai ringgit di dalam julat tertentu. Jika Bank Negara mengurangkankan rizab antarabangsa, bermakna jumlah ringgit di dalam pasaran akan berkurang. Ini kerana Bank Negara “membeli” ringgit dengan rizab antarabangsa, yang biasanya terdiri dari dollar Amerika. Jika keadaan demikian berlaku beserta dengan permintaan yang stabil, nilai ringgit akan meningkat berbanding dengan dollar Amerika kerana penawaran ringgit oleh Bank Negara di dalam pasaran berkurangan. Sebaliknya, Bank Negara meningkatkan nilai rizab antarabangsa dengan meningkatkan penawaran ringgit di dalam edaran, iaitu dengan “menjual” ringgit dan “membeli” dollar. Keadaan penawaran dan permintaan yang dijelaskan di atas adalah faktor biasa yang mempengaruhi turun naiknya nilai matawang di dalam pasaran untuk jangka pendek. Dalam pada itu, terdapat lagi satu faktor spekulatif yang mempengaruhi nilai ringgit untuk jangka masa pendek. Oleh kerana ringgit merupakan suatu aset, maka ianya diniagakan sama seperti barangan fizikal yang lain. Para spekulator cuba mengambil keuntungan dari turun-naiknya nilai ringgit dengan membeli dan menjual ringgit di dalam pasaran terbitan. Mereka tidak meminta ringgit samaada untuk transaksi atau sebagai suatu aset, tetapi semata-mata untuk membuat spekulasi terhadap pergerakan nilainya. Prinsip asas spekulator adalah membeli ringgit untuk menjual kemudian jika harga dijangka akan naik, dan sebaliknya menjual ringgit jika harganya mahal untuk dibeli kemudian apabila harganya turun. Tindak-tanduk mereka juga akan mempengaruhi permintaan terhadap ringgit dan seterusnya mempengaruhi nilainya. Kesemua faktor-faktor yang dibentangkan di atas mempengaruhi nilai ringgit untuk jangka pendek. Namun demikian kenaik-turunannya cuma berkisar di atas arah aliran (trend) jangka panjang. Apa yang lebih penting adalah suatu nilai yang stabil untuk jangka panjang. Kestabilan nilai ringgit adalah bergantung kepada asas ekonomi yang kukuh. Untuk mendapat suatu asas ekonomi yang kukuh, keupayaan pengeluaran di dalam ekonomi mestilah ditingkatkan. Ini boleh dicapai melalui peningkatan modal, sama ada modal fizikal mahu pun modal insan, dan peningkatan teknologi.