Tuesday, 29 September 2015
Kenapa Perlu Pelaburan Emas
Pada tahun 2015,oleh kerana kemerosotan ekonomi dunia,beberapa negara mengalami kejatuhan nilai wang yang mana sesetengah negara seperti Malaysia turut merasai tempias akibat kesan kejatuhan mata wang ringgit berbanding mata wang Dollar Amerika (USD).
Kejatuhan nilai mata wang negara terus jatuh mengikut tempoh masa yang tidak sampai sebulan.Kesan daripada penyusutan tersebut,ramai pelabur dari luar telah menarik untuk terus melabur didalam negara yang mengakibatkan Malaysia terpaksa membayar faedah yang banyak kepada Amerika.
Nilai sesuatu matawang biasanya diukur dengan perbandingan dengan nilai matawang
asing. Kebiasaannya nilai kebanyakan matawang dunia dibandingkan dengan dollar
Amerika. Alasannya ialah dollar Amerika digunakan dengan meluas untuk
perdagangan antarabangsa dan juga untuk memudahkan perbanding antara lain-lain
matawang. Nilai tersebut dipanggil kadar pertukaran. Contohnya, nilai tukaran ringgit
berbanding dollar Amerika, bermakna nilai ringgit untuk membeli satu Dollar Amerika.
Jika kadar pertukartan meningkat, bermakna ringgit mengalami susutan nilai
berbanding dengan dollar Amerika kerana lebih banyak wang diperlukan untuk membeli
dollar, dan sebaliknya.
Kadar pertukaran diantara ringgit dan dollar ini juga boleh di nyatakan sebagai dollar
berbanding ringgit, iaitu berapa dollarkah diperlukan untuk membeli RM1.00.
kaeadahnya adalah sama, cuma tafsirannya diterbalikan, seolah-olah melihat imej
cermin. Yang pentingnya, kita ingin melihat nilai relatif antara kedua-dua matawang.
Pada sesuatu masa, nilai ringgit berbanding dollar adalah bersamaan dengan nilai
dollar berbanding ringgit.
Kadar pertukaran antara ringgit dan dollar Amerika bergantung kepada kedua-dua nilai
ringgit dan dollar. Setiap matawang mempunyai nilai kerana disamping berfungsi
sebagai media pertukaran, ianya juga digunakan sebagai penyimpan nilai. Sebagai
media pertukaran, matawang cuma menjadi perantara untuk memudahkan tukaran
barangan berbanding dengan perdagangan tukar barang. Namun demikian, fungsi
matawang sebagai penyimpan nilai menyebabkan ianya menjadi suatu asset.
Untuk penjelasan yang mudah, katakan emas dan perak berfungsi sebagai dua
matawang. Kedua-dua emas dan perak mempunyai nilai tersendiri yang bergantung
kepada faktor-faktor tertentu. Kadar pertukaran antara emas dan perak adalah tidak
lain dari berat perak dan berat emas yang setimpal dengan nilai masing-masing. Iaitu,
berapa gram perakkah yang diperlukan yang nilainya bersamaan dengan 100 gram
emas, misalnya. Dengan pemahaman konsep asas kadar pertukaran matawang ini,
maka kita berkemampuan untuk meneliti punca-punca kejatuhan nilai ringgit sejak
akhir-akhir ini.
Nilai sesuatu matawang ditentukan oleh keadaan permintaan dan penawarannya di
dalam pasaran, sama seperti barangan lain. Permintaan untuk ringgit adalah
merupakan permintaan terbitan. Ianya terbit dari kegunaan ringgit samaada untuk
transaksi atau untuk fungsinya sebagai aset. Sebagai transaksi ringgit digunakan untuk
media pertukaran. Sekiranya permintaan terhadap eksport dari Malaysia meningkat,
pengimport dari negara yang mengimport memerlukan ringgit untuk membuat bayaran.
Kesannya nilai ringgit akan meningkat jika penawaran ringgit di dalam pasaran tidak
berubah, dan sebaliknya.
Permintaan untuk ringgit juga berlaku kerana fungsinya sebagai aset. Untuk tujuan ini,
riggit diperlukan untuk membuat pelaburan. Pelaburan pula terdiri dari samaada untuk
jangka panjang dan jangka pendek. Pelaburan jangka panjang merupakan pelaburan
benar yang memberi kesan yang besar terhadap peningkatan keluaran dalam negara
kasar (KDNK). Jika pelabur asing berminat untuk melabur di Malaysia, pelaburan
langsung asing akan meningkat dan kesannya permintaan untuk ringgit juga meningkat.
Manakala pelaburan jangka pendek adalah bermotifkan spekulasi yang mensasarkan
keuntungan segera hasil dari pergerakan kadar faedah dan juga turun naiknya pasaran
saham. Jika kadar faedah di Malaysia tinggi berbanding dengan negara asing, maka
pelabur jangka pendek akan melaburkan modal jangka pendek mereka di Malaysia.
Maka permintaan untuk ringgit meningkat. Begitu juga dengan pasaran saham, apabila
nilai saham di Bursa Saham Kuala Lumpur menigkat, pelababur spekulatif akan
meminta ringgit untuk tujuan pelaburan mereka.
Di samping itu, Bank Negara Malaysia akan menggunakan rizab antarabangsa untuk
menstabilkan nilai ringgit di dalam julat tertentu. Jika Bank Negara mengurangkankan
rizab antarabangsa, bermakna jumlah ringgit di dalam pasaran akan berkurang. Ini
kerana Bank Negara “membeli” ringgit dengan rizab antarabangsa, yang biasanya
terdiri dari dollar Amerika. Jika keadaan demikian berlaku beserta dengan permintaan
yang stabil, nilai ringgit akan meningkat berbanding dengan dollar Amerika kerana
penawaran ringgit oleh Bank Negara di dalam pasaran berkurangan. Sebaliknya, Bank
Negara meningkatkan nilai rizab antarabangsa dengan meningkatkan penawaran
ringgit di dalam edaran, iaitu dengan “menjual” ringgit dan “membeli” dollar.
Keadaan penawaran dan permintaan yang dijelaskan di atas adalah faktor biasa yang
mempengaruhi turun naiknya nilai matawang di dalam pasaran untuk jangka pendek.
Dalam pada itu, terdapat lagi satu faktor spekulatif yang mempengaruhi nilai ringgit
untuk jangka masa pendek. Oleh kerana ringgit merupakan suatu aset, maka ianya
diniagakan sama seperti barangan fizikal yang lain. Para spekulator cuba mengambil
keuntungan dari turun-naiknya nilai ringgit dengan membeli dan menjual ringgit di
dalam pasaran terbitan. Mereka tidak meminta ringgit samaada untuk transaksi atau
sebagai suatu aset, tetapi semata-mata untuk membuat spekulasi terhadap pergerakan
nilainya. Prinsip asas spekulator adalah membeli ringgit untuk menjual kemudian jika
harga dijangka akan naik, dan sebaliknya menjual ringgit jika harganya mahal untuk
dibeli kemudian apabila harganya turun. Tindak-tanduk mereka juga akan
mempengaruhi permintaan terhadap ringgit dan seterusnya mempengaruhi nilainya.
Kesemua faktor-faktor yang dibentangkan di atas mempengaruhi nilai ringgit untuk
jangka pendek. Namun demikian kenaik-turunannya cuma berkisar di atas arah aliran
(trend) jangka panjang. Apa yang lebih penting adalah suatu nilai yang stabil untuk
jangka panjang. Kestabilan nilai ringgit adalah bergantung kepada asas ekonomi yang
kukuh. Untuk mendapat suatu asas ekonomi yang kukuh, keupayaan pengeluaran di
dalam ekonomi mestilah ditingkatkan. Ini boleh dicapai melalui peningkatan modal,
sama ada modal fizikal mahu pun modal insan, dan peningkatan teknologi.
Subscribe to:
Posts (Atom)